Tuesday 28 June 2011

Saya Mestilah Muslim Di sudut Aqidah

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan , kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat dari kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka

  1.  Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah , taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksa bagi orang-orang kafir.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha ikhtiar dan kehendaknya. Wp begitu hakikatnya kita tidak mencapainya kecuali dengan pertolongan dan taufiq Allah.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.

  1. Saya mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.

  1. Saya mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah.

  1. Saya mestilah berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-saleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan ta’wil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah.

  1. Saya mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

  1. Saya hendaklah takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain daripada Allah.

  1. Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam mestilah kerana berzikir dan saya bertutur mestilah kerana berzikir.

  1. Saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.

  1. Saya mestilah bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan.

  1. Saya mestilah bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya yang tiada terhingga.

  1. Saya mestilah meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat.

  1. Saya mestilah sentiasa dalam keadaan bermuraqabah terhadap Allah

Senarai semak ini dipetik daripada buku “Apa Erti Saya Menganut Islam”  yang ditulis oleh Al-Ustaz Fathi Yakan, seorang da’I terkenal dari Lubnan. Semoga Allah merahmati beliau.. amin.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates