§ Apabila kita telah masuk malam yang pertama dari bulan Ramadan, berniatlah pada malam itu bahawa kita akan berpuasa esok hari.. Mulai malam itu tegakkanlah tarawih dengan berjamaah
§ Setelah masuk waktu sahur, menjelang waktu subuh, hendaklah bersahur.
§ Sesudah bersahur dengan memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan nantikanlah waktu subuh.
§ Apabila telah terbit fajar, tahanlah diri dari makan, minum dan dari segala yang membatalkan puasa.
§ Setelah selesai dari solat subuh, bacalah al-Quran seberapa yang dapat.
§ Di siang hari hendaklah dijauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang haram, bahkan hendaklah dijauhkan diri dari pekerjaan – pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
§ Usahakanlah supaya segala solat fardhu dapat ditegakkan dengan berjamaah.
§ Sedapat mungkin supaya di tiap-tiap hari sesudah solat zuhur dan asar, disediakan waktu yang tetap untuk membaca al-Quran.
§ Bila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan sedikit makanan yang manis. Sesudah itu tunakan solat maghrib. Sesudah solat maghrib, baru disempurnakan makan dengan dituruti benar-benar adab-adab berbuka.
§ Apabila masuk 10 akhir Ramadan, tambahlah ibadat dengan jalan ber’ktikaf usahakanlah memperoleh “lailatul qadar” yang terletak di salah satu malam dari malam-malam yang ganjil pada 10 akhir Ramadan .
0 comments:
Post a Comment