Saturday, 6 August 2011

Kuliah Subuh

TARIKH             :        7 OGOS 2011
HARI                   :        AHAD
TEMPAT            :        SURAU MAHMUDIAH
                                      KAMPUNG SERDANG, SITIAWAN
                                      PERAK
PENCERAMAH :        USTAZ IDI AMIN BIN HJ. IBRAHIM

Muslimin Muslimat dijemput hadir

Saturday, 30 July 2011

Tatacara Berpuasa

§  Apabila kita telah masuk malam yang pertama dari bulan Ramadan, berniatlah pada malam itu bahawa kita akan berpuasa esok hari.. Mulai malam itu tegakkanlah tarawih dengan berjamaah
§  Setelah masuk waktu sahur, menjelang waktu subuh, hendaklah bersahur.
§  Sesudah bersahur dengan memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan nantikanlah waktu subuh.
§  Apabila telah terbit fajar, tahanlah diri dari makan, minum dan dari segala yang membatalkan puasa.
§  Setelah selesai dari solat subuh, bacalah al-Quran seberapa yang dapat.
§  Di siang hari hendaklah dijauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang haram, bahkan hendaklah dijauhkan diri dari pekerjaan – pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
§  Usahakanlah supaya segala solat fardhu dapat ditegakkan dengan berjamaah.
§  Sedapat mungkin supaya di tiap-tiap hari sesudah solat zuhur dan asar, disediakan waktu yang tetap untuk membaca al-Quran.
§  Bila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan sedikit makanan yang manis. Sesudah itu tunakan solat maghrib. Sesudah solat maghrib, baru disempurnakan makan dengan dituruti benar-benar adab-adab berbuka.
§  Apabila masuk 10 akhir Ramadan, tambahlah ibadat dengan jalan ber’ktikaf usahakanlah memperoleh “lailatul qadar” yang terletak di salah satu malam dari malam-malam yang ganjil pada 10 akhir Ramadan .

Sunday, 24 July 2011

Khutbah : Taqwa

الحَمْدُ لله الَّذِي سَبَّحَتِ الكَائِنَاتُ بِحَمْدِه، وَعَنَتِ الوُجُوْهُ لِعَظَمَتِهِ وَمَجْدِه، وَأَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُه، اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّايِعِيْنَ إِلَى يَوْمِ الدِّيْن. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الإِخْوَةُ الْمُؤْمِنُوْن، اتقوا الله،  أُوْصِيْكُمْ وَإِياَّيَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْن.
قال الله تعالى :  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya :                      “Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melaikan dalam keadaan Islam”.

Muslimin yang dirahmati Allah.

                Seruan ( اتقوا الله  ) atau  bertaqwalah kamu  kepada Allah adalah seruan yang setiap minggu disebut melalui mimbar Jumaat . Seruan kepada taqwa menjadi satu rukun dalam khutbah Jumaat. Kewajipan mengulangi seruan taqwa ini sudah tentu  bukan sekadar bagi menyempurnakan khutbah dan solat Jumaat  secara ritualnya semata-mata   . Tetapi ia mempunyai  makna dan falsafahnya yang tersendiri  yang luas dan mendalam untuk kehidupan manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat . Malah seruan ini adalah perintah Allah kepada  semua nabi dan rasul  a.s. sepertimana firman Allah :

وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ [النساء/131]
Maksudnya :                      ”Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu (Rasul-rasul sebelum Muhammad)  dan juga kepada kamu (Muhammad)  supaya bertaqwa kepada Allah."


Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Menurut huraian para ulamak, mereka menjelaskan di dalam sifat taqwa terkumpul    segala kebaikan dunia dan akhirat . Sekiranya kita berusaha mencapai darjat taqwa, maka kita akan mencapai segala kebaikan itu. Hal ini dinyatakan oleh Allah  dengan jelas dalam  banyak ayat al-Quran, di antaranya :
Pertama :             Orang yang bertaqwa adalah mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah.  Dari sini maka terbentuklah kekuatan  diri yang mampu menghadapi  segala cabaran hidup. Sebaliknya manusia yang kosong jiwanya dengan taqwa akan jauh daripada Allah dan  pemeliharaanNya.  Lalu ia akan tewas dengan cabaran kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya ini.  Maka untuk selamat dan mendapat jaminan Allah bersama kita , maka kita wajib membina sifat taqwa dalam diri kita. Firman Allah :
وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (194) [البقرة/194]
Maksudnya :         ”Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa  sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa” AlBaqarah 194
Kedua :               Orang yang bertaqwa adalah mereka  yang mampu  membezakan yang baik dengan yang buruk, membezakan antara yang makruf dengan yang mungkar ,membezakan yang sahih dengan yang batil, membezakan yang diredai Allah dengan  yang dimurkai Allah.  Sifat taqwa membimbing mereka dari terjerumus  ke lembah kesesatan  dan kebatilan. Penghayatan kepada sifat ini juga menjadi pembersih  segala kesalahan dan seterusnya mendapat jaminan keampunan Allah.  Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ، وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (29) [الأنفال/29]
Maksudnya :                      ”Wahai orang-orang yang beriman sekiranya kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia(Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan  untuk membeza ( antara yang benar dan yang salah) dan dihapuskannya segala kesalahan dan diampunkan segala dosa dan Allah mempunyai kelebihan yang besar.
Ketiga :               Orang bertaqwa adalah mereka yang dijanjikan mendapat keselamatan daripada api neraka, satu tempat yang amat menakutkan dan menggerunkan.  Firman Allah :
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلاَّ وَارِدُهَا كَانَ عَلَى رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا (71) ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا (72)
Maksudnya :                      Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan melalui neraka itu. hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.
Keempat :  Dalam hidup di dunia ini manusia sering berhadapan dengan rintangan, tekanan hidup , ujian dan sebagainya. Tidak semua manusia sanggup dan mampu berhadapan dengan cabaran tersebut. Jesteru ada di kalangan mereka yang menjual prinsip agama, malah sanggup menggadaikan aqidah. Namun bagi orang yang bertaqwa, Allah sentiasa membuka pintu penyelesaian kepada masalah dan cabaran yang dihadapi , sehingga mereka mampu menghadapi cabaran tersebut dengan tabah dan sabar. Bukan setakat itu sahaja, mereka dijanjikan Allah dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah :


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ [الطلاق/2، 3]

Maksud :                 ”Sesiapa yag bertaqwa kepada Allah,  nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar (daripada kesulitan) dan Dia (Allah) akan memberikan rezeki dari sumberyang tidak diduga”.     AlTolaq 2-3.


Muslimin yang dirahmati Allah,

                Inilah diantara sebahagian kebaikan-kebaikan yang dinyatakan oleh Al-Quran yang kita akan dapat , sekiranya kita menjadi Muslim yang  bertaqwa .

Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Untuk mencapai dan memiliki sifat taqwa ini bukanlah dengan impian dan angan-angan dan ianya tidak semudah kata-kata. Ia memerlukan kesungguhan  dan  istiqamah kita.  Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. telah menggariskan kepada kita bagaimana untuk mancapai Taqwa ini. Dan perkara ini memerlukan huraian dan penjelasan daripada tuan-tuan guru kita. Walau bagaimanapun  kita boleh menyenaraikan secara umum jalan-jalan untuk mencapai taqwa ini berdasarkan kenyataan Al-Quran dan Al-Sunnah , antaranya melalui;
·         Hidayah Allah
·         Mendalami ilmu-ilmu Islam
·         Membina keyakinan yang mantap berdasarkan ilmu
·         Melaksanakan segala tuntutan yang diketahui
·         Memperjuangkan segala tuntutan  agama
·         Istiqamah atas jalan yang diperjuangkan
·         Dan sentiasa berdoa kepada Allah
Muslimin yang dirahmati Allah.
Puasa yang insya Allah bakal kita tempuhi tidak berapa hari lagi adalah diantara medan yang dapat mentarbiyah diri kita mencapai taqwa. Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)
Maksudnya :                        Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Akhir sekali mimbar ini dengan ikhlas menyeru
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan  diri kamu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam mendidik anak-anak dan keluargamu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam meguruskan hartamu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam menunaikan amanah terhadap kepimpinan mu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan berhubung dengan rakyatmu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam seluruh urusan duniamu

Mudah-mudahan apabila semua kita menghayati seruan ini maka Allah s.w.t. akan mengurniakan keberkatan dalam hidup kita di negara yang tercinta ini sepertimana yang ditawarkan oleh Allah di dalam firmanNya :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
Maksudnya :                         Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi ... ( Al-A’raf : 96)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Wednesday, 6 July 2011

Apa Erti Saya Menganut Islam


  1. ilah mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan , kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat dari kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka

  1.  Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah , taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksa bagi orang-orang kafir.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha ikhtiar dan kehendaknya. Wp begitu hakikatnya kita tidak mencapainya kecuali dengan pertolongan dan taufiq Allah.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.

  1. Saya mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.

  1. Saya mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah.

  1. Saya mestilah berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-saleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan ta’wil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah.

  1. Saya mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

  1. Saya hendaklah takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain daripada Allah.

  1. Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam mestilah kerana berzikir dan saya bertutur mestilah kerana berzikir.

  1. Saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.

  1. Saya mestilah bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan.

  1. Saya mestilah bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya yang tiada terhingga.

  1. Saya mestilah meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat.

  1. Saya mestilah sentiasa dalam keadaan bermuraqabah terhadap Allah

Senarai semak ini dipetik daripada buku “Apa Erti Saya Menganut Islam”  yang ditulis oleh Al-Ustaz Fathi Yakan, seorang da’I terkenal dari Lubnan. Semoga Allah merahmati beliau.. amin.

Tuesday, 28 June 2011

Saya Mestilah Muslim Di sudut Aqidah

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan , kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat dari kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka

  1.  Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah , taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksa bagi orang-orang kafir.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha ikhtiar dan kehendaknya. Wp begitu hakikatnya kita tidak mencapainya kecuali dengan pertolongan dan taufiq Allah.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.

  1. Saya mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.

  1. Saya mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah.

  1. Saya mestilah berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-saleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan ta’wil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah.

  1. Saya mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

  1. Saya hendaklah takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain daripada Allah.

  1. Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam mestilah kerana berzikir dan saya bertutur mestilah kerana berzikir.

  1. Saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.

  1. Saya mestilah bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan.

  1. Saya mestilah bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya yang tiada terhingga.

  1. Saya mestilah meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat.

  1. Saya mestilah sentiasa dalam keadaan bermuraqabah terhadap Allah

Senarai semak ini dipetik daripada buku “Apa Erti Saya Menganut Islam”  yang ditulis oleh Al-Ustaz Fathi Yakan, seorang da’I terkenal dari Lubnan. Semoga Allah merahmati beliau.. amin.

Monday, 13 June 2011

Lalai : Penyakit Yang Bahaya

Antara penyakit manusia muslim  yang sangat merbahaya ialah ( الغفلة  ) iaitu lalai. Lalai daripada mengingati Tuhannya, lalai dengan perjalanan hidupnya; dari mana dia datang, di mana dia berada, apa tugasnya dan ke mana akhir kesudahannya. Mereka hanya berfikir mengenai kehidupan di dunia dengan melupakan akhirat, mereka lupa syurga dan neraka.  Mereka lupa pahala dan dosa. Sikap ini adalah suatu keburukan yang akan menjerumuskan mereka sebagai penghuni neraka. Allah nyatakan bahawa golongan ini tidak menggunakan segala prasarana yang Allah sediakan dengan sebaiknya. Firman Allah yang bermaksud :
Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.[Al-A’raf : 179]

Sebagai Muslim yang sedar kita sewajar mengingati bahawa kita adalah keturunan daripada Adam a,s, yang dicipta Allah daripada tanah. Itulah hakikat kejadian kita yang berasal daripada tanah dan kita hidup di atas tanah dan satu hari nanti kita akan kembali ke tanah. Ini dijelaskan melalui ayat Allah yang bermaksud :

Dari bumi (tanah) Itulah kami menjadikan kamu dan kepadanya kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain. [Taha : 55]

Sebagai Muslim yang sedar kita sewajar mengingati bahawa kita adalah makhluk Allah yang sentiasa dalam pemerhatianNya dan pemantauanNya. Diam dan gerak kita, setiap kata yang kita tuturkan, setiap bisikan yang kita bisikan, setiap langkah yang kita atur, setiap tindakan yang kita buat dan perancangan yang kita lakukan, malah setiap perkara yang terlintas dalam fikiran kita, semuanya dalam pengetahuan Allah.

Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,(yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat Pengawas yang selalu hadir.  
[Qaf : 16-18]
Apakah mereka mengira, bahwa kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan Malaikat-malaikat  kami selalu mencatat di sisi mereka.  
[Az Zukhruf : 80]

Semua kita akan membaca catatan tersebut. Maka akan terpaparlah segala amalan kita sama ada kebaikan atau kejahatan.
Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dilakukannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. [Ali ‘Imran : 30]

Inilah suasana yang akan kita hadapi nanti di hari akhirat. Apakah suasana yang dijelaskan oleh Al-Quran ini masih kita ragui?. Apakah kenyataan ini langsung tidak menggerakkan hati kita untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah s,w,t? lalu kita tidak pedulikan segala hukum Allah dan kita rempuh segala laranganNya seolah-olah tidak ada kuasa lain yang memantau kita. Seolah-olah kehidupan ini hanya setakat di dunia ini sahaja. Jesteru, marilah kita merendah diri di hadapan Allah s.w.t. dengan penuh keinsafan, memohon agar di kurniakan hati yang hidup, dijauhkan daripada sifat ghaflah atau lalai. Semoga hati kita sentiasa disirami cahaya iman dan hidayahNya.. Insya Allah.

Tuesday, 7 June 2011

Gambaran Al-Quran Mengenai Sikap Yahudi

1.   Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41).
2.   Bangsa yang suka memutar belitkan  kebenaran (Al-Baqarah: 42).
3.   Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48).
4.   Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir (Al-Baqarah: 49).
5.   Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya (Al-Baqarah: 51).
6.   Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54).
7.   Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56).
8.   Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57).
9.   Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61).
10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65).
11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71).
12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74).
13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi (Al-Baqarah: 75).
14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76).
15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah (Al-Baqarah: 79).
16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar (Al-Baqarah: 80-81).
17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83).
18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85).
19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91).
20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96).
21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98).
22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100).
23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102).
24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya (Al-Baqarah: 105)
25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam (Al-Baqarah: 109-110).
26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani (Al-Baqarah: 113).
27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah berputra (Al-Baqarah: 116).
28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180).
29. Bangsa yang membenci agama ibrahim (Al-Baqarah: 130-133).
30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah: 175).
31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu (Al-Baqarah: 139-140).
32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142).
33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145).
34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146).
35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159).
36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170).
37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275).
38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24).
39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan (Ali Imran: 28).
40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. (Ali Imran: 52-54).
41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73).
42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75).
43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78).
44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain (Ali Imran: 79-80).
45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama islam (Ali Imran: 83-85).
46.Bangsa yang kedlolimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran (Ali Imran; 86-87).
47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99).
48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105).
49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat islam (Ali Imran: 118-120).
50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir (Ali Imran: 181).
51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183).
52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188).
53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49).
54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53).
55. Bangsa yang selalu dengki gengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54).
56. Bangsa yang suka membuat kdlaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60).
57. Bangsa yang berusagha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman (An-Nisaa: 89).
58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi (An-Nisaa: 153).
59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa (An-Nisaa: 157).
60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik (An-Nisaa: 160).
61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya (Al-Maidah 18).
62. Bangsa yang paling pengecut (Al Maidah: 22).
63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok (Al Maidah: 22).
64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41).
65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41).
66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42).
67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44).
68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam (Al-Maidah: 58).
69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil (Al Maidah: 64).
70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan (Al Maidah: 64).
71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70).
72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 71).
73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 78).
74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79).
75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80).
76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Maidah: 82).

Template by:
Free Blog Templates