| TARIKH/ HARI | KITAB/ BIDANG | GURU | CATATAN |
| 02.04.2012 AHAD | Hadis 40 | Ustaz Hj. Mohd. Zaki b. Zakaria | Kuliah Subuh |
| 02.04.2012 ISNIN | Bahrul Mazi | Ustaz Hj. Mohd. Zaki b. Zakaria | Kuliah Maghrib |
| 06.04.2012 JUMAAT | Munyatul Musolli | Ustaz Ibrahim b. Alias | Kuliah Maghrib |
| 07.04.2012 SABTU | Tafsir | Ustaz Mohd. Amin b. Hj. Wahab | Kuliah Subuh |
| 08.04.2012 AHAD | Riyad Assolihin | Ustaz Syed Shahriman b. Syed Ali | Kuliah Maghrib |
| 09.04.2012 ISNIN | Bahrul Mazi | Ustaz Hj. Mohd. Zaki b. Zakaria | Kuliah Maghrib |
| 10.04.2012 SELASA | Tajwid | Ustaz Hj. Abdul Aziz b. Ahmad | Kuliah Maghrib |
| 11.04.2012 RABU | Tafsir Ibn. Kathir | Ustaz Zikro b. Othman | Kuliah Maghrib |
| 13.04.2012 JUMAAT | Duratun Nasihin | Ustaz Hj. Mohd. Fekri b. Hj. Ahmad | Kuliah Maghrib |
| 14.04.2012 SABTU | Anak Kunci Syurga | Ustaz Khairul Fahmi b. Daud | Kuliah Subuh |
| 15.04.2012 AHAD | Hadis 40 | Ustaz Hj. Mohd. Zaki b. Zakaria | Kuliah Subuh |
| 15.04.2012 AHAD | Risalah Tauhid | Ustaz Edy Amin b. Hj. Ibrahim | Kuliah Maghrib |
| 16.04.2012 ISNIN | Bahrul Mazi | Ustaz Hj. Mohd. Zaki b. Zakaria | Kuliah Maghrib |
| 20.04.2012 JUMAAT | Nailul Author | Ustaz Hj. Mohd. Fekri b. Hj. Ahmad | Kuliah Maghrib |
| 21.04.2012 SABTU | Tafsir | Ustaz Mohd. Amin b. Hj. Wahab | Kuliah Subuh |
| 22.04.2012 AHAD | Tasawwuf | Ustaz Hj. Alias b. Abu Kasim | Kuliah Subuh |
| 23.04.2012 ISNIN | Bahrul Mazi | Ustaz Hj. Mohd. Zaki b. Zakaria | Kuliah Maghrib |
| 24.04.2012 SELASA | Tajwid | Ustaz Hj. Abdul Aziz b. Ahmad | Kuliah Maghrib |
| 25.04.2012 RABU | Tafsir Ibn. Kathir | Ustaz Zikro b. Othman | Kuliah Maghrib |
| 27.04.2012 JUMAAT | Munyatul Musolli | Ustaz Ibrahim b. Alias | Kuliah Maghrib |
| 28.04.2012 SABTU | Tafsir | Ustaz Mohd. Amin b. Hj. Wahab | Kuliah Subuh |
| 28.04.2012 SABTU | Misteri Alam Kubur | Ustaz Hj. Mohd. Ali Sabri | Kuliah Maghrib |
| 30.04.2012 ISNIN | Bahrul Mazi | Ustaz Hj. Mohd. Zaki b. Zakaria | Kuliah Maghrib |
Tuesday, 3 April 2012
JADUA KULIAH BULAN APRIL 2012
Labels:
Jadual Kuliah
Friday, 10 February 2012
KHUTBAH : AWAS JERAT VALENTINE
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: “AWAS JERAT VALENTINE”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh- tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Oleh itu, mimbar ingin menegaskan bahawa pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan di atas aktiviti trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
Maksudnya: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".
Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:
Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar. ”
Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat. Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:
Bermaksud: “ Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”
Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di negara kita ini, jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:
Pertama: ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang sebenar;
Kedua: umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik;
Ketiga: menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya;
Keempat: menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; dan
Kelima: meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam.
Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96:
Maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
Sumber : JAKIM
Labels:
Khutbah
Friday, 3 February 2012
KHUTBAH : KEUNGGULAN KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke arah mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak cabaran dan ujian yang akan dihadapi. Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
Mafhumnya: “Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”.(Riwayat al-Bukhari)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Rasulullah SAW adalah pemimpin yang memenuhi fitrah manusia sejagat melalui sifat-sifat mulia seperti amanah, siddiq, tabligh dan fatanah. Menurut sirah, sebelum dari kerasulannya pemimpin Quraish pernah memberi gelaran “al-Amin” kerana keunggulan Baginda dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran “ al-Amin” ini telah membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar masyarakat Quraish kepada Baginda.
Walau bagaimanapun cabaran yang dihadapi oleh Baginda juga cukup hebat. Sebagai contoh Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish, pernah menawarkan jawatan Raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan, supaya Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan Islam. Namun, berdasarkan keunggulan dan maruah kepimpinan Islam, maka Rasulullah SAW menolak semua tawaran itu.
Selain Abu Jahal, al-Qur'an juga menyebut beberapa watak kepimpinan korup yang tidak bermaruah sehingga merosakkan negara, memecah belahkan masyarakat, dan kesengsaraan kepada keluarga, yang akhirnya semasa di dunia lagi telah menerima balasan azab terhadap kekejaman yang dilakukannya antaranya ialah Fir'aun, Haman, dan Qarun.
Menurut Prof Dr Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa Fir'aun adalah pemerintah diktator, mempunyai bidang kuasa mutlak menghukum musuhnya sesuka hati dan mendakwa dirinya tuhan kerana meyakini tidak ada kuasa lain boleh menggugat pemerintahannya; Haman pula seorang yang sentiasa berlegar mengelilingi Fir'aun menjalankan tugas untuk memperkukuhkan kekuasaan Fir'aun; manakala Qarun pula seorang tokoh korporat yang kaya raya mengambil peluang daripada pemerintah. Beliau membantu pemerintah dengan kewangannya dengan harapan akan mengaut habuan lebih besar tanpa mempedulikan penderitaan orang lain. kesemua watak-watak pemimpin ini yang dirakamkan di dalam al-Quran memperlihatkan golongan yang tamak kuasa, mengejar jawatan , mengaut keuntungan dan kemewahan dunia di atas penderitaan orang lain, yang akhirnya mereka ini dimusnahkan oleh Allah SWT di dunia dengan menjadi sehina-hina manusia.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Setiap kali kita solat, kita sering membaca al-Qur'an, takbir, tasbih, syahadah dan selawat kepada Nabi SAW. Semua ini adalah amalan Islam untuk mengukuhkan keunggulan dan jati diri umat Islam selari dengan al-Qur'an dan as-Sunnah. Jika solat dan ibadah khusus lain yang dilaksanakan dari masa ke masa gagal membentuk kita menjadi pemimpin yang jujur, amanah, telus atau berintegriti, maka kita tergolong daripada manusia yang rugi dan menipu diri sendiri.
Malahan keunggulan seorang pemimpin berkait rapat dengan imej dan amalan individu itu sendiri. Lihat sahaja bukti kepimpinan Rasulullah SAW yang mengasihi umatnya, sehinggakan di waktu sakaratulmaut pun Baginda masih terkenang mengenai nasib umatnya di dunia ini dengan keluhan yang berat. Berulang kali Baginda menyebut umatku! umatku! umatku!. Apa yang tidak terjangkau oleh fikiran kita ialah keunggulan kepimpinan Rasulullah SAW membawa kepada terselamatnya umat Islam dari azab Allah SWT .Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka”.(Riwayat al-Bukhari).
Begitu juga umat yang senantiasa mengingati Rasulullah SAW dengan bersalawat kepadanya akan mendapat pelbagai manfaat antaranya dikurniakan kebajikan, dimakbulkan berbagai do’a, mendapatkan syafa’at dan selamat dari kebakhilan. Berdasarkan kepada sirah ini menunjukkan bahawa kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya senantiasa tertanam dalam jiwanya dan terpahat di hati sehingga ke akhirat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Mimbar amat yakin, kepimpinan yang beramanah dan bertanggungjawab dalam masyarakat mencerminkan suasana kepimpinan yang cemerlang. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 124:
Maksudnya: “Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati.”
Apa yang jelas, dalam ayat ini bahawa kepimpinan bukan sekadar perjanjian antara pemimpin dengan masyarakat, tetapi ia juga merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT dan sebagai seorang pemimpin hendaklah mementingkan keadilan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ketinggian akhlak dan keunggulan Rasulullah SAW terus dikagumi umat Islam walaupun Baginda telah lama wafat. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan golongan tertentu sehingga sanggup menyebarkan fitnah dan mengaibkan Rasulullah SAW dan umat Islam. Oleh itu, sempena sambutan Maulidur Rasul SAW , marilah kita hadir bersama keluarga bagi menyemarakkan rasa kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai bukti mempertahankan martabat Rasulullah SAW.
Pada masa yang sama, semua pihak hendaklah menginsafi diri dengan mempertingkatkan kualiti jati diri dan keunggulan yang telah dicontohi Rasulullah SAW dan para sahabat melalui langkah berikut: Pertama: Memantapkan urus tadbir negara, masyarakat, dan keluarga dengan mencontohi Rasulullah SAW dan berpandukan syariat Islam, Kedua: Menjauhi daripada mencontohi watak tokoh pemimpin yang korup dan tidak beretika, ketiga: Mereka yang tiada integriti dan akauntabiliti walaupun terlepas hukuman di dunia tetapi tidak terlepas daripada hukuman Allah SWT pada hari akhirat, dan keempat: Pemimpin yang unggul akan lebih dihormati, dikagumi dan disayangi oleh masyarakat. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Saff ayat 2-3:
Maksudnya: “ Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya. ”
Sumber : Jakim
Labels:
Khutbah
Thursday, 26 January 2012
CERAMAH MAULIDUR RASUL S.A.W.
TARIKH :
9.2.2012 ( KHAMIS )
Selepas Solat Maghrib
TEMPAT :
Masjid Mahmudiah, Kg. Serdang
PENCERAMAH :
AF. USTAZ ZAMRI BIN HASHIM
Jabatan Mufti Negeri Perak
Labels:
Jadual Kuliah
KHUTBAH MAULIDUR RASUL
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’ :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”
Hari ini kita berada di bulan Rabiul Awwal yang mengingatkan kita tentang kelahiran manusia agung yang diberi nama Muhammad s.a.w. Lahirnya sebagai penutup segala nabi dan rasul kepada kita umat akhir zaman di mana pada diri baginda segala contoh dan ikutan terbaik bagi umat yang inginkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda kasih dan cinta kepadanya
: أَوْلَى النَّاسِ بِيْ يَوْم َ القِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَة ً – رواه الترمذيeقال الرسول
Maksudnya: Sebaik-baik manusia disisiku pada hari Qiamat ialah mereka yang paling banyak mengucapkan selawat ke atasku
: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحَطَّ عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَهُ ِبهَا عَشْرَ دَرَجَاتٍ – رواه المنذريeقال الرسول
Maksudnya: Sesiapa yang berselawat atasku sekali maka Allah akan membalasnya dengan sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan dan diangkat dengannya sepuluh pangkat
Manusia yang paling bakhil di dunia dan dijauhkan daripada rahmat Allah ialah orang yang tidak berselawat ke atas nabi ketika disebut nama baginda yang mulia
: البَخِيْلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ – رواه أحمدeقال الرسول
Maksudnya: Orang yang paling bakhil ialah sesiapa yang disebut namaku disisinya kemudian dia tidak pernah mengucap selawat atasku
: ….قال : بُعْدًا لِمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، قُلْتُ : آمين..– رواه الحاكمeقال الرسول
Maksudnya: ….Malaikat Jibril berdoa : Jauhlah daripada rahmat Allah bagi sesiapa yang disebut namamu (wahai nabi Muhammad) disisinya namun dia tidak berselawat ke atas engkau. Lalu jawabku : Amin

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليهeقال الرسول
Maksudnya: Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
Sambutan Maulidurrasul s.a.w yang disambut saban tahun bagi mempertingkatkan lagi rasa kasih dan cinta kepada nabi mulia disamping kesungguhan dalam melaksanakan segala system yang ditunjukkan oleh baginda demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jarak kita dengan kewafatan nabi Muhammad s.a.w menjangkau 1400 tahun yang merupakan suatu masa yang lama dan semestinya memberi kesan yang besar sekiranya tidak diambil suatu tindakan yang penuh hikmat dalam menghayati cara hidup dan perjuangan rasul mulia terutama kepada generasi muda. Sekiranya umat Islam mahu berjaya dan menjadi ikutan dunia maka kita wajib mengembalikan system yang telah dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan bukan ianya hanya tertulis di dalam kitab sahaja. Perkasakan kembali peranan ulama’ pewaris nabi yang bukan menjadi pak turut kepada pemimpin sebaliknya dijadikan pembimbing yang menegakkan kerja amar makruf nahi munkar dalam Negara. Titikberatkan pengajian agama di semua peringkat dengan menekankan semua ajaran yang di bawa nabi Muhammad s.a.w yang meliputi setiap aspek kehidupan agar berkuburnya fahaman sekulerisme yang memisahkan agama daripada urusan dunia. Perangi segala bentuk maksiat agar suasana negara yang penuh dengan jenayah dan kerosakan akhlak dapat dibendung. Jadikanlah sambutan Maulidurrasul tahun ini sebagai langkah ke arah kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan dengan memastikan segala ajaran nabi menjadi agenda penting untuk dilaksanakan satu demi satu bukan ianya hanya dijadikan acara tahunan sekadar melepas batuk ditangga sahaja.

Firman Allah dalam ayat 2 surah an-Nuur :
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman
Kesan negatif akibat tidak menghayati sistem Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w menyebabkan rasa kasih kepada nabi semakin kurang, pelaksanaan terhadap sistem Islam semakin ditentang malah keyakinan umat Islam terhadap ajaran nabi semakin hilang. Jika nabi Muhammad s.a.w lahir dalam suasana jahiliah akibat terlalu lama manusia pada zaman itu terpisah daripada nabi dan wahyu maka pada hari ini suasana yang dinamakan jahiliah moden kembali berlaku akibat umat tidak menghiraukan lagi wahyu al-Quran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w. Manusia menjadikan akal dan nafsu serakah sebagai panduan hidup yang menyebabkan mereka menuju kepada kehancuran. Ketika dunia memandang hina kepada Malaysia dalam menyelesaikan isu liwat ditambah dengan gejala buang dan bunuh bayi yang tidak berdosa yang kebanyakannya akibat perzinaan yang berleluasa. Kini timbul pula isu sebat apabila 3 wanita disebat oleh Mahkamah Syariah akibat zina. Ada umat Islam yang begitu celupar dalam mempertikaikan sebat cara Syariah yang jauh berbeza daripada kekejaman sebat sivil dengan alasan akal semata-mata sehingga melihat seolah-olah tiada hukum sebat dalam Islam termasuk kes zina. Semua masalah ini sebenarnya telah mempunyai jalan penyelesaian sekiranya kita mengambil sistem Islam sebagai ubat mujarrab dalam menyembuh penyakit masyarakat. Ingatlah kita bahawa hukuman terhadap kesalahan di dunia wajib dikenakan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah supaya pesalah diampunkan dosanya serta tidak lagi diseksa diakhirat nanti. Sudah tiba masanya perundangan syariah diperkasakan bukan hanya bergerak di bawah tempurung sekulerisme yang sempit dan sesat.

Tunjukkanlah kepada dunia bagaimana hebatnya cara hidup dan sistem yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dengan kita melaksanakannya dalam kehidupan seharian. Jangan biarkan dunia bertanya di manakah hebatnya nabi Muhammad dan Islam yang dibawanya akibat umat Islam sendiri menunjukkan cara hidup yang bertentangan daripada apa yang diajar oleh nabi. Kita wajib menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai idola dan ikutan terbaik. Begitu juga dalam diri anak cucu kita supaya mereka tidak lagi mendewa artis, ahli sukan dan sebagainya barulah kita dapat hidup dalam suasana aman dan tenteram. Media massa terutama tv,radio, akhbar mestilah berubah ke arah membentuk masyarakat bukan terus berperanan dalam merosakkan mereka. Jangan berperanan sebagaimana yahudi dan Kristian yang sentiasa memerangi Islam dengan beberapa cara antaranya singkatan SPIDER iaitu Sex dengan menggalakkan hubungan bebas sehingga meluasnya penzinaan. Politic dengan menjadikan kuasa untuk mengaut keuntungan bukan sebagai suatu amanah. Ideology yang bertentangan dengan Islam disebarkan termasuk atas nama Islam seperti Islam Liberal. Drug dengan memastikan umat Islam dihancurkan dengan bahan memabukkan terutama dadah dan arak. Education dengan memastikan penjajahan terhadap sistem pendidikan lebih berkiblatkan barat dan kurangkan pengajian agama. Seterusnya Rock dengan menghanyutkan umat Islam dengan hiburan melalaikan sehingga jauh daripada petunjuk Allah. Oleh itu sempena sambutan Maulidurrasul maka ubahlah cara hidup ke arah mengikut jejak langkah nabi barulah kita berjaya di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.

Petikan dari Khutbah Pilihan : http://ekhutbah.wordpress.com/
Labels:
Khutbah
Friday, 13 January 2012
KULIAH SUBUH
TARIKH : 15.1.2012
HARI : AHAD
PENCERAMAH : AF. USTAZ HJ. MOHD. ZAKI B. ZAKARIA
Muslimin muslimat dijemput hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)