Saturday 30 July 2011

Tatacara Berpuasa

§  Apabila kita telah masuk malam yang pertama dari bulan Ramadan, berniatlah pada malam itu bahawa kita akan berpuasa esok hari.. Mulai malam itu tegakkanlah tarawih dengan berjamaah
§  Setelah masuk waktu sahur, menjelang waktu subuh, hendaklah bersahur.
§  Sesudah bersahur dengan memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan nantikanlah waktu subuh.
§  Apabila telah terbit fajar, tahanlah diri dari makan, minum dan dari segala yang membatalkan puasa.
§  Setelah selesai dari solat subuh, bacalah al-Quran seberapa yang dapat.
§  Di siang hari hendaklah dijauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang haram, bahkan hendaklah dijauhkan diri dari pekerjaan – pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
§  Usahakanlah supaya segala solat fardhu dapat ditegakkan dengan berjamaah.
§  Sedapat mungkin supaya di tiap-tiap hari sesudah solat zuhur dan asar, disediakan waktu yang tetap untuk membaca al-Quran.
§  Bila matahari telah nyata terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan sedikit makanan yang manis. Sesudah itu tunakan solat maghrib. Sesudah solat maghrib, baru disempurnakan makan dengan dituruti benar-benar adab-adab berbuka.
§  Apabila masuk 10 akhir Ramadan, tambahlah ibadat dengan jalan ber’ktikaf usahakanlah memperoleh “lailatul qadar” yang terletak di salah satu malam dari malam-malam yang ganjil pada 10 akhir Ramadan .

Sunday 24 July 2011

Khutbah : Taqwa

الحَمْدُ لله الَّذِي سَبَّحَتِ الكَائِنَاتُ بِحَمْدِه، وَعَنَتِ الوُجُوْهُ لِعَظَمَتِهِ وَمَجْدِه، وَأَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُه، اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّايِعِيْنَ إِلَى يَوْمِ الدِّيْن. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الإِخْوَةُ الْمُؤْمِنُوْن، اتقوا الله،  أُوْصِيْكُمْ وَإِياَّيَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْن.
قال الله تعالى :  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya :                      “Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melaikan dalam keadaan Islam”.

Muslimin yang dirahmati Allah.

                Seruan ( اتقوا الله  ) atau  bertaqwalah kamu  kepada Allah adalah seruan yang setiap minggu disebut melalui mimbar Jumaat . Seruan kepada taqwa menjadi satu rukun dalam khutbah Jumaat. Kewajipan mengulangi seruan taqwa ini sudah tentu  bukan sekadar bagi menyempurnakan khutbah dan solat Jumaat  secara ritualnya semata-mata   . Tetapi ia mempunyai  makna dan falsafahnya yang tersendiri  yang luas dan mendalam untuk kehidupan manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat . Malah seruan ini adalah perintah Allah kepada  semua nabi dan rasul  a.s. sepertimana firman Allah :

وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ [النساء/131]
Maksudnya :                      ”Dan Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu (Rasul-rasul sebelum Muhammad)  dan juga kepada kamu (Muhammad)  supaya bertaqwa kepada Allah."


Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Menurut huraian para ulamak, mereka menjelaskan di dalam sifat taqwa terkumpul    segala kebaikan dunia dan akhirat . Sekiranya kita berusaha mencapai darjat taqwa, maka kita akan mencapai segala kebaikan itu. Hal ini dinyatakan oleh Allah  dengan jelas dalam  banyak ayat al-Quran, di antaranya :
Pertama :             Orang yang bertaqwa adalah mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah.  Dari sini maka terbentuklah kekuatan  diri yang mampu menghadapi  segala cabaran hidup. Sebaliknya manusia yang kosong jiwanya dengan taqwa akan jauh daripada Allah dan  pemeliharaanNya.  Lalu ia akan tewas dengan cabaran kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya ini.  Maka untuk selamat dan mendapat jaminan Allah bersama kita , maka kita wajib membina sifat taqwa dalam diri kita. Firman Allah :
وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (194) [البقرة/194]
Maksudnya :         ”Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa  sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa” AlBaqarah 194
Kedua :               Orang yang bertaqwa adalah mereka  yang mampu  membezakan yang baik dengan yang buruk, membezakan antara yang makruf dengan yang mungkar ,membezakan yang sahih dengan yang batil, membezakan yang diredai Allah dengan  yang dimurkai Allah.  Sifat taqwa membimbing mereka dari terjerumus  ke lembah kesesatan  dan kebatilan. Penghayatan kepada sifat ini juga menjadi pembersih  segala kesalahan dan seterusnya mendapat jaminan keampunan Allah.  Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ، وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (29) [الأنفال/29]
Maksudnya :                      ”Wahai orang-orang yang beriman sekiranya kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia(Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan  untuk membeza ( antara yang benar dan yang salah) dan dihapuskannya segala kesalahan dan diampunkan segala dosa dan Allah mempunyai kelebihan yang besar.
Ketiga :               Orang bertaqwa adalah mereka yang dijanjikan mendapat keselamatan daripada api neraka, satu tempat yang amat menakutkan dan menggerunkan.  Firman Allah :
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلاَّ وَارِدُهَا كَانَ عَلَى رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا (71) ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا (72)
Maksudnya :                      Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan melalui neraka itu. hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.
Keempat :  Dalam hidup di dunia ini manusia sering berhadapan dengan rintangan, tekanan hidup , ujian dan sebagainya. Tidak semua manusia sanggup dan mampu berhadapan dengan cabaran tersebut. Jesteru ada di kalangan mereka yang menjual prinsip agama, malah sanggup menggadaikan aqidah. Namun bagi orang yang bertaqwa, Allah sentiasa membuka pintu penyelesaian kepada masalah dan cabaran yang dihadapi , sehingga mereka mampu menghadapi cabaran tersebut dengan tabah dan sabar. Bukan setakat itu sahaja, mereka dijanjikan Allah dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah :


وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ [الطلاق/2، 3]

Maksud :                 ”Sesiapa yag bertaqwa kepada Allah,  nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar (daripada kesulitan) dan Dia (Allah) akan memberikan rezeki dari sumberyang tidak diduga”.     AlTolaq 2-3.


Muslimin yang dirahmati Allah,

                Inilah diantara sebahagian kebaikan-kebaikan yang dinyatakan oleh Al-Quran yang kita akan dapat , sekiranya kita menjadi Muslim yang  bertaqwa .

Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Untuk mencapai dan memiliki sifat taqwa ini bukanlah dengan impian dan angan-angan dan ianya tidak semudah kata-kata. Ia memerlukan kesungguhan  dan  istiqamah kita.  Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. telah menggariskan kepada kita bagaimana untuk mancapai Taqwa ini. Dan perkara ini memerlukan huraian dan penjelasan daripada tuan-tuan guru kita. Walau bagaimanapun  kita boleh menyenaraikan secara umum jalan-jalan untuk mencapai taqwa ini berdasarkan kenyataan Al-Quran dan Al-Sunnah , antaranya melalui;
·         Hidayah Allah
·         Mendalami ilmu-ilmu Islam
·         Membina keyakinan yang mantap berdasarkan ilmu
·         Melaksanakan segala tuntutan yang diketahui
·         Memperjuangkan segala tuntutan  agama
·         Istiqamah atas jalan yang diperjuangkan
·         Dan sentiasa berdoa kepada Allah
Muslimin yang dirahmati Allah.
Puasa yang insya Allah bakal kita tempuhi tidak berapa hari lagi adalah diantara medan yang dapat mentarbiyah diri kita mencapai taqwa. Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)
Maksudnya :                        Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Akhir sekali mimbar ini dengan ikhlas menyeru
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan  diri kamu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam mendidik anak-anak dan keluargamu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam meguruskan hartamu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam menunaikan amanah terhadap kepimpinan mu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan berhubung dengan rakyatmu
·         Takutlah kamu kepada Allah dalam seluruh urusan duniamu

Mudah-mudahan apabila semua kita menghayati seruan ini maka Allah s.w.t. akan mengurniakan keberkatan dalam hidup kita di negara yang tercinta ini sepertimana yang ditawarkan oleh Allah di dalam firmanNya :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
Maksudnya :                         Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi ... ( Al-A’raf : 96)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Wednesday 6 July 2011

Apa Erti Saya Menganut Islam


  1. ilah mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan , kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat dari kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka

  1.  Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah , taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah balasan dan ganjaran siksa bagi orang-orang kafir.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha ikhtiar dan kehendaknya. Wp begitu hakikatnya kita tidak mencapainya kecuali dengan pertolongan dan taufiq Allah.

  1. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.

  1. Saya mestilah mempelajari dan berusaha untuk mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.

  1. Saya mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah.

  1. Saya mestilah berkeyakinan bahawa pendapat para salafus-saleh lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan permasalahan ta’wil, pembekuan nas dan menyerahkan perkara-perkara seperti ini kepada ilmu dan pengetahuan Allah.

  1. Saya mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

  1. Saya hendaklah takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut kepada selain daripada Allah.

  1. Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam mestilah kerana berzikir dan saya bertutur mestilah kerana berzikir.

  1. Saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.

  1. Saya mestilah bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan.

  1. Saya mestilah bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya yang tiada terhingga.

  1. Saya mestilah meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat.

  1. Saya mestilah sentiasa dalam keadaan bermuraqabah terhadap Allah

Senarai semak ini dipetik daripada buku “Apa Erti Saya Menganut Islam”  yang ditulis oleh Al-Ustaz Fathi Yakan, seorang da’I terkenal dari Lubnan. Semoga Allah merahmati beliau.. amin.

Template by:
Free Blog Templates