Saturday 3 September 2011

Khutbah Idul Fitri 1432

الله أكبر، الله اكبر ، الله أكبر
الله أكبر، الله اكبر ، الله أكبر
الله أكبر، الله اكبر ، الله اكبر ولله الحمد
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
الحمد لله عَلَى تَمَامِ الشَّهْرِ وَكَمَالِ الْفَضْلِ , فَالْفَضْلُ لَكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَك .. فَتَقَبَّلْ مِنَّا وَاعْفُ عَناَّ, وَأَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الأُمُوْرِ كُلِّهَا. وأشهد أن لا إله إلا الله ُالْوَاحِدُ الْقَهَّارُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ النَّبِيُّ الْمُخْتَار . اللهم صل على سيدنا محمد الله عليه وعلى آله الْمُهَاجِرِيْنَ وَالأَنْصَارِ وَكُلُّ مَنْ سَارَ عَلَى دَرْبِهِمْ وَاتَّبَعَ الآثَار . أعوذبالله من الشيطان الرجيم.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا (70) يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا  [الأحزاب/70، 71]
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan Katakanlah perkataan yang benar, Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

Saya menyeru diri saya serta muslimin muslimat  sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar kerana inilah sebaik-baik bekalan kita di akhirat kelak sepertimana  yang dinyatakan Allah :
وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ [البقرة/197]
Maksudnya :            Berbekallah, dan Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Pertama sekali mimbar ini ingin mengucapkan Salam Idul fitri kepada semua ( تقبل الله منا ومنكم   ) (  وكل عام وأنتم بخير ) Semoga hari raya yang kita sambut hari ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan iman dan amal kita sebagai hamba Allah selepas melalui tarbiyah Ramadan selama sebulan. Kita boleh menilai sendiri sama ada segala tuntutan Ramadan itu telah dapat dipenuhi dengan jayanya atau berlalu begitu sahaja. Mudah mudahan matlamat melahirkan mukmin bertaqwa dapat kita capai dengan sebaiknya.


Ramadan telah memberikan kepada kita peluang mendapat  rahmat Allah, peluang memperolehi keampunan Allah seterusnya peluang pembebasan daripada api neraka. Peluang besar pada bulan Ramadan yang lalu sekiranya kita telah mengisinya dengan sebaik-baiknya,  Allah janjikan dengan keampunanNya terhadap dosa-dosa yang lepas . Sabda Nabi s.a.w.
من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Maksudnya :              Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan  dan pengharapan diampunkan dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari & Muslim)

Pelaksanaan ibadat Ramadan yang menepati kehendak syariat juga akan
mengembalikan seseorang kepada fitrah atau sifat semulajadi yang bersih daripada dosa seperti semasa dilahirkan oleh ibunya.

فمن صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه
Maksudnya :              Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan  dan pengharapan keluar  dosanya seolah-olah hari ia dilahirkan oleh ibunya.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Inilah hakikat idul fitri yang kita rayakan pada hari ini.  Laungan takbir yang kita lafazkan, laungan tahmid yang kita kumandangkan, laungan tasbih yang kita ucapkan adalah lambang kesyukuran dan kegembiraan kita kembali kepada fitrah insan yang dibersihkan Allah daripada dosa dan noda . Anugerah ini hendaklah kita jaga mulai saat ini  dan dipupuk sepanjang baki umur kita yang masih ada. Janganlah kita cemarkan lagi diri kita dengan mengenepikan syariat Allah dalam kehidupan harian kita. Apa sahaja yang kita lakukan mestilah dirujuk kepada hukum agama, adakah ia diizinkan atau tidak, mengambil kita halal atau haram, mengambil kira pahala atau dosa, mengambil kira syurga atau neraka. Janganlah kita mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan semata-mata kerana hendak mendapat sedikit habuan dunia. Ingatlah, sedarlah, insafilah, Kita tidak dapat memastikah apakah kita akan menemui Ramadan yag akan datang., kerana ajal maut adalah milik Allah s.w.t. Kita tidak tahu bila kita akan menemuinya. Firman Allah :

قُلْ لاَ أَمْلِكُ لِنَفْسِي ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا إِلاَّ مَا شَاءَ اللَّهُ لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ إِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَلا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ (49)   يونس/49، 50
Maksudnya :  Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah". tiap-tiap umat mempunyai ajal. Maka apabila telah datang ajal mereka tidak dapat dikemudiankan sesaatpun dan tidak dapat (pula) didahulukan.


Kesedaran bahawa kematian akan datang tanpa diundang, kesedaran bahawa penentuan  kematian adalah hak mutlak Allah Azza Wajal , kesedaran bahawa kematian tidak mengira usia, pangkat dan keturunan harus ada pada setiap orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah s.w.t. Kesedaran ini akan membentuk persepsi yang betul terhadap agama Allah dan akan melahirkan manusia yang yakin dengan ketentuan Allah dan hukum-hukum Allah. Yakin dengan kesempurnaan ajaran agama yang diturunkan Allah kepada hambaNya. Dan inilah satu-satunya jalan pilihan yang ada kepada kita.
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ  [آل عمران/19]
Maksudnya :  Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (85) [آل عمران/85]
Maksudnya :  Sesiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup, maka
sekali-kali tidak akan diterima. Dan ia pada hari akhirat termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

  (  وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ [الأنعام/153]  )
Maksudnya :  Dan ini adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan  yang lain, Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya.









Muslimin muslimat rahimakumyullah,

Perkara pertama yang menjadi asas kepada kita bagi menyelamatkan daripada api neraka ialah Tasawwur atau pemahaman yang tepat mengenai agama yang kita anuti ini, kerana kesan salah faham ini akan membentuk akidah yang sesat. Masih ada di kalangan manusia yang mengakui Islam mempunyai tasawwur atau pemahaman yang salah mengenai Islam . Mereka menganggap bahawa Islam ini hanya berperanan dalam aspek-aspek tertentu sahaja  seperti bersuci, bersunat, berzanji, marhaban, tahlil, Yasin, nikah cerai , kematian dan beberapa perkara lagi. Inilah bentuk pemahaman salah yang masih wujud dalam kalangan umat Islam.   Sedangkan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh yang mesti diikuti bemula kita dilahirkan ke dunia ini sehinggalah kita dipanggil menemui Allah Rabbul Jalil. 
Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ [البقرة/208]

Maksudnya :  Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
            Islam bukanlah seperti agama-agama lain di muka bumi ini yang hanya melibatkan unsur-unsur upacara atau ritual semata-mata. Islam adalah satu peraturan atau cara hidup yang lengkap yang mesti diikuti oleh orang-orang yang mengaku Islam. Ia melibatkan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Ia melibatkan aspek akidah, ibadah, muamalat, munakahat, Jinayat, hubungan antarabangsa dan lain-lain. Ia merangkumi aspek kehidupan individu, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan sebagainya. Semua prinsip kepada perkara-perkara ini diajar oleh Islam. Firman Allah menjelaskan kesempurnaan Islam ini :
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا [المائدة/3]
Maksudnya :  Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. 

Firman Allah lagi :
مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ   [الأنعام/38]
Maksudnya :  tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Daripada kefahaman yang betul ini, barulah akan lahir keyakinan yang mantap dan seterusnya membina aqidah yang teguh dalam jiwa seseorang. Hasilnya akan lahir manusia mukmin yang akan menerima segala ketetapan dan peraturan yang  Allah tetapkan kepada mereka. Al-Quran menjelaskan beberapa sikap mereka dalam firmannya :

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ  [النور/51]
Maksudnya :  Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum di antara mereka  ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung.

FirmanNya lagi :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ [الأحزاب/36]
Maksudnya :  Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.

Inilah sikap orang-orang yang beriman dimana mereka akan menerima sepenuhnya ajaran Allah tanpa ragu-ragu.  Inilah akidah yang mantap, akidah yang berasaskan tasawwur dan pemahaman yang benar mengenai agama Allah. Di atas asas akidah inilah segala amal ibadah dilaksanakan. Tanpa akidah yang sahih, amal ibadat akan menjadi sia-sia. Seseorang akan merasai bahawa dia telah banyak melakukan amal ibadat, tetapi di sisi Allah tidak ada nilai apa-apa.
Firman Allah :
الَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآَنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا [النور/39]
Maksudnya : Dan orang-orang kafir (rosak akidah mereka)  amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.


Hadirin hadirat para jamaah yang dirahmati Allah,

Kehidupan kita yang sementara ini jangan kita sia-siakan dengan meninggalkan amal ibadah kepada Allah atau melakukan amal yang ditolak oleh Allah kerana tidak di bina di atas asas akidah yang betul. Untuk mendapat kesahihan apa yang kita lakukan mestilah berdasarkan ilmu. Jesteru, sempena hari pertama kita berada diluar ramadan ini, mimbar ini menyeru seluruh umat Islam supaya semangat Ramadan lalu yang kita raikan melalui solat Tarawih, solat witir, tazkirah, tadarus al-Quran , tahajud dan sebagainya yang telah membentuk peribadi kita yang positif kepada kebaikan ini tidak kita biarkan begitu sahaja. Marilah kita memupuknya dengan  meneruskan ibadah-ibadah dan menanam keazaman untuk  menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan. Melalui ilmu sahajalah, segala perubahan yang tepat mengikut syariat boleh berlaku. Ingatlah Islam dibina atas hujjah dan ilmu bukan atas khayalan dan ikut-ikutan.

أعوذبالله من الشيطان الرجيم

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksunnya : dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ






KHUTBAH KEDUA IDULFITRI
Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,

Marilah pada hari yang penuh bahagia  ini kita melafazkan rasa kesyukuran di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Idulfitri  yang disyariatkan oleh Islam adalah untuk  memperbaharui kehidupan kita sebagaimana yang digariskan bagi orang yang beriman dengannya, iaitu kehidupan persaudaraan atas asas iman dan taqwa.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ  [الحجرات/10]
Maksudnya :  Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu  perbaikilah hubungan  antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

FirmanNya lagi :
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ  [الأنفال/46]

Maksudnya :  Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Sabda Nabi s.a.w.
لا يدخل الجنة قاطع .)رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي(
Maksudnya : Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan
persaudaraan sesama mukmin
Muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah

Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada Baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan selawat dan salam sebagaimana Firman Allah SWT di dalam Surah al-Ahzab ayat 56:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا  [الأحزاب/56]
Bermaksud:   “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ  سيدنَا مُحَمَّدٍ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَات.
اللّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا وَاهْدِناَ سُبُلَ السَّلام ، وَنَجِّناَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوْر، وَجَنِّبْناَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
اللّّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تُوَفِّقَ عَبْدَكَ وَمَوْلاناَ السُّلْطَان أزلَن مُحِبُّ الدِّيْن شَاه ابْن الْمَرْحُوْم السُّلْطَان يوسف عزالدين شاه غَفَرَ الله لَه.
رَبَّناَ هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِناَ وَذُرِّياَّتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْناَ لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَاما
رَبَّناَ ءَاتِنَا فِي الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِناَ عَذَابَ النَّارِ

عِبَادَ الله، اتقوا الله، فَسَتَذْكُرُوْنَ مَا أَقُوْلُ لَكُمْ ، وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى الله, ، إنَّ الله بَصِيْرٌ بِالْعِبَاد. إِنْ أُرِيْدٌ إِلاَّ الإِصْلاَحَ مَا اسْتَطَعْتُ، وَمَا تَوْفِيْقِي إِلا َّبِالله، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيْب. ، وتقبل الله منا ومنكم،  وكل عام وأنتم بخير والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Template by:
Free Blog Templates