Saturday 23 November 2013

KULIAH MAGHRIB MASJID MAHMUDIAH

KULIAH BAHRUL MAZI ( JUZUK 2 )

Penyampai :
AF. USTAZ HJ. MOHD. ZAIKI BIN ZAKARIA
Tarikh :  25.11.2013
Hari : Rabu ( Selepas Solat Maghrib )

Muslimin Muslimat dijemput hadir 


KULIAH TAFSIR IBNU KATHIR

Penyampai :
AF. USTAZ ZIKRO BIN OTHMAN
Tarikh : 27.11.2013
Hari : Rabu ( Selepas Solat Maghrib)

Muslimin Muslimat dijemput hadir 

Thursday 17 October 2013

Kuliah Bahrul Mazi

Tarikh : 21.10.2013
Hari : Isnin (selepas Maghrib)
muslimin & muslimat dijemput hadir

Saturday 31 August 2013

Friday 28 June 2013

KHUTBAH PENGAJARAN FENOMENA JEREBU


الحمد لله رب العالمين والعاقبة للمتقين ولا عدوان إلا على الظالمين.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَه. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ،  فَيَا عِبَادَ اللهِ،  اِتَّقُوا اللهَ  أُوْصِيْكُمْ  وَنَفْسِى بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekalian agar kita benar-benar bertakwa kepada Allah SWT dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan itu kehidupan kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Beberapa hari yang lalu kita diperlihatkan dengan kuasa Allah SWT yang Maha Agung iaitu kejadian jerebu. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera pada kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan kualiti udara. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah SWT yang mampu mengubah segalanya pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat Qada’ dan Qadar Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah Yasin ayat 82:
Maksudnya: “Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu: Jadilah engkau! Maka jadilah ia.”.

Oleh itu jika berlaku kejadian jerebu, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi ianya berlaku atas sifat wajib bagi Allah SWT iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini. Apa yang kita analisis mengenai puncanya itu hanyalah sebab musabbabnya sahaja.

 Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Setiap perubahan yang berlaku di alam ini mengandungi hikmah yang tersendiri. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada fenomena cuaca, sudah pastinya mengandungi hikmat yang tertentu, antaranya memberi peringatan kepada hamba-Nya agar  tidak melampaui batas dan sentiasa bermuhasabah.

Jika kita lihat di dalam al-Quran, banyak menceritakan fenomena alam yang berlaku. Antaranya peristiwa banjir besar, kemarau yang berpanjangan, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. Benar, semua fenomena alam ini menceritakan tentang kekuasaan Allah SWT dan mengajak umat-Nya untuk berfikir dan merenung tentang hubungan antara seorang hamba dengan tuhannya dan hubungan antara seorang manusia dengan alam tabii.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil peringatan dan kembali melakukan muhasabah diri di atas tindakan dan perbuatan kita selama ini. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ankabut ayat 40:

Maksudnya:        “Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

 Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,

Sesungguhnya fenomena jerebu merupakan peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.  Ia akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran Allah SWT di atas segala ketelanjuran yang dilakukan oleh hamba-Nya.

Tidak syak lagi semua ini berlaku kerana kedegilan    manusia  terhadap penciptanya  dan kejahatan tangan-tangan manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung ke atas bumi ciptaan Allah ini.

Firman Allah :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ
 الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (41)  
Maksudnya :        Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Sidang Jemaah Yang di Rahmati Allah,
Sebenarnya banyak lagi ujian yang Allah boleh turunkan kepada kita sekiranya kita lari daripada petunjukNya, Hal ini pernah Allah timpakan kepada Bani Israel. Bani Israel mencabar Nabi Musa, malah mencabar Allah seperti penjelasan Al-Quran :
وَقَالُوا مَهْمَا تَأْتِنَا بِهِ مِنْ آَيَةٍ لِتَسْحَرَنَا بِهَا فَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ (132)
 Dan mereka berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu".

Inilah keangkuhan mereka. Apapun hujjah,apa pun dalil dan bukti, mereka pasti akan menolaknya. Lalu Allah berfirman dalam ayat berikutnya:

فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آَيَاتٍ مُفَصَّلَاتٍ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ (133)
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

Menurut Ibnu Abbas (  الطُّوفَانَ) ialah hujan lebat yang dapat menenggelamkan dan merosakkah segala tanaman mereka. Manakalah (    َالْجَرَادَ   ) belalang dinyatakan dalam Tafsir Ibnu Kathir  bukan sahaja memakan tumbuh-tumbuhan mereka, malah memakan segala paku-paku pintu dan tingkap rumah mereka yang menyebabkan rumah mereka hancur. Keadaan ini menyebabkan mereka meminta Nabi musa a.s berdoa kepada Allah seperti yang dijelaskan dalam ayat seterusnya:

وَلَمَّا وَقَعَ عَلَيْهِمُ الرِّجْزُ قَالُوا يَا مُوسَى ادْعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِنْدَكَ لَئِنْ كَشَفْتَ عَنَّا الرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِي إِسْرَائِيلَ (134)
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".

Maka Nabu Musa a.s pun berdoa, lalu Allah maqbulkan doa baginda dengan menghilangkan penderitaan tersebut. Firman Allah

فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الرِّجْزَ إِلَى أَجَلٍ هُمْ بَالِغُوهُ إِذَا هُمْ يَنْكُثُونَ (135)
(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya.

Inilah sikap Bani Israel, apabila mereka telah selamat dan selesa, mereka lupa janji mereka untuk beriman. Lalu Allah mengirimkan kepada mereka (َالْقُمَّلَ   ) kutu. Kutu-kutu itu berhamburan menghinggapi mereka, memenuhi makanan dan rumah-rumah mereka sehingga mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Lalu mereka meminta lagi kepada Nabi Musa a.s. supaya memohon kepada Allah.

Apabila dihilangkan bala itu, mereka lupa lagi janji mereka, lalu Allah hantar pula kepada mereka (وَالضَّفَادِعَ) katak, sehingga disebut - dalam Tafsir ibnu kathir -  bahawa tidak ada seorangpun yang membuka pakaian ataupun makanan melainkan di dalamnya sudah terdapat katak telah memenuhinya. Apabila menghadapi situasi yang gawat seperti ini, mereka minta lagi kepada Nabi Musa untuk diselamatkan. Namun apabila keadaan pulih, sekali lagi mereka tidak beriman. Inilah sikap sombong dan degil Bani Israel yang tidak ada tolok bandingnya. Lalu Allah membalas sikap buruk mereka dengan menenggelamkan mereka di laut seperti mana firman Allah:

فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ (136)
Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Inilah secebis kisah yang dipaparkan oleh Al Quranul karim untuk renungan kita . Jangan pula kita katakan bahawa ini tidak ada kena mengena dengan kita! Ingatlah, walaupun kisah berlaku kepada Bani Israel pada zaman Nabi Musa namun pengajarannya adalah untuk kita, umat akhir zaman, umat Muhammad s.a.w.   

وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَى ظَهْرِهَا مِنْ دَابَّةٍ وَلَكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا (45)
 Maksudnya:          Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.





KULIAH BIDAYATUL HIDAYAH

OLEH :
AF. USTAZ AZHAR BIN HASHIM AL HADHRAMI
TARIKH : 28.6.2013
HARI : JUMAAT
TEMPAT : MASJID MAHMUDIAH KG. SERDANG
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Muslimin dan muslimat dijemput hadir

Template by:
Free Blog Templates