§ Apabila kita telah masuk malam
yang pertama dari bulan Ramadan, berniatlah pada malam itu bahawa kita akan
berpuasa esok hari.. Mulai malam itu tegakkanlah tarawih dengan berjamaah
§ Setelah masuk waktu sahur,
menjelang waktu subuh, hendaklah bersahur.
§ Sesudah bersahur dengan
memelihara adab-adabnya, bersihkanlah mulut dengan sebersih-bersihnya dan
nantikanlah waktu subuh.
§ Apabila telah terbit fajar,
tahanlah diri dari makan, minum dan dari segala yang membatalkan puasa.
§ Setelah selesai dari solat subuh,
bacalah al-Quran seberapa yang dapat.
§ Di siang hari hendaklah dijauhkan
diri dari perbuatan-perbuatan yang haram, bahkan hendaklah dijauhkan diri dari
pekerjaan – pekerjaan yang makruh dan sia-sia.
§ Usahakanlah supaya segala solat
fardhu dapat ditegakkan dengan berjamaah.
§ Sedapat mungkin supaya di tiap-tiap
hari sesudah solat zuhur dan asar, disediakan waktu yang tetap untuk membaca
al-Quran.
§ Bila matahari telah nyata
terbenam, bersegeralah berbuka puasa dengan sedikit makanan yang manis. Sesudah
itu tunakan solat maghrib. Sesudah solat maghrib, baru disempurnakan makan
dengan dituruti benar-benar adab-adab berbuka.
- Apabila masuk 10 akhir Ramadan, tambahlah ibadat dengan jalan ber’ktikaf usahakanlah memperoleh “lailatul qadar” yang terletak di salah satu malam dari malam-malam yang ganjil pada 10 akhir Ramadan (dari malam 21 sampai 30, atau dari 20 sampai 29).
0 comments:
Post a Comment