Saturday 7 May 2011

Taqwa : Tuntutan Sepanjang Zaman

Firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa”.

                Inilah tuntutan yang saban minggu dilaungkan melalui mimbar Jumaat . Seruan kepada taqwa menjadi satu rukun dalam khutbah Jumaat. Ini bermakna ia sangat penting dalam membina umat yang berjaya dan seterusnya mendapat kebaikan (hasanah) di dunia seterusnya mengecapi kebaikan di akhirat.

                Allah s.w.t. telah mengumpulkan dalam sifat ini segala kebaikan dunia dan akhirat Diantara kesan yang akan kita perolehi dengan menghayati sifat taqwa ini ialah :

  •    Mendapat pemeliharan Allah. Allah sentiasa bersama-sama orang yang bertaqwa. Firman Allah yang bermaksud : ”Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa” AlBaqarah 194
  •     Kemampuan membezakan yang baik dengan yang buruk, menjadi penebus segala kesalahan dan mendapat keampunan Allah. Maksud Firman Allah :”Wahai orang-orang yang berimansekiranya kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia(Allah) akan mengurniakan kamu pengenalan  untuk membeza ( antara yang benar dan yang salah) dan dihapuskannya segala kesalahan dan diampunkan segala dosa dan Allah mempunyai kelebihan yang besar.
  •     Mendapat keselamatan daripada api neraka. Firman Allah s.w.t. yang maksudnya :” Dan tiada seorangpun daripada kamu melainkan akan melaluinya (api neraka). Itulah keputusan Tuhanmu yang tidak dapat dihindarkan, lalu kami selamatkan orang-orang yang bertaqwa. Maryam 71-72.

  •     Terpelihara daripada tekanan hidup dan rezeki sentiasa melimpah ruah.. Firman Allah yang bermaksud : ”Sesiapa yag bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar (daripada kesulitan) dan Dia (Allah) akan memberikan rezeki dari sumberyang tidak diduga”. AlTolaq 2-3.

·  Dijanjikan dengan syurga. Firman Allah yang bermaksud :” Itulah syurga yang Kami hendak pesakakan kepada hamba-hamba Kami yang bertaqwa”.  Maryam : 63

·  Mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Maksud Firman Allah : ” Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah mereka yang lebih bertaqwa”. AlHujurat : 13.

                Inilah diantara kebaikan yang kita akan dapat sekiranya kita meghayati tuntutan taqwa. Sebab itu seruan kepada bertaqwa kepada Allah bukan sahaja menjadi perkara utama dalam ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. malah menjadi wasiat yang juga telah dilaksanakan oleh para nabi dan rasul yang terdahulu. Firman Allah yang bermaksud :”Dan Kami telah perintahkan kepad orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah."

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates